CARA BETUL MENGASAH PENSIL DAN TEKNIK
PENGGUNAAN UNTUK
MELAKAR SERTA
MELUKIS.
Apabila didapati pelajar melukis tidak kemas, garisan lakar tidak jelas, comot, dan
lukisan tidak mengikut spesifikasi yang
betul maka guru perlu memainkan peranan dengan memberitahu bahawa penggunaan
alat dan media yang bersesuaian, berjenama akan memberi impak positif terhadap hasil karya.
Contoh Lakaran
Contoh Lakaran
Perkara-perkara mengenai alat dan bahan media perlu
diberi perhatian agar pelajar tahu dan faham tentang kecanggihan teknologi dan
peranannya. Dengan itu, hasil karya
mereka akan kelihatan berkualiti, mahal dan mempunyai tempat di hati pencinta
seni.
Contohnnya :
Contohnnya :
Lukisan Menggunakan Media Pensil
LUKISAN HASIL DARIPADA PELBAGAI MEDIA
LUKISAN HASIL DARIPADA PELBAGAI MEDIA
Selain media pensil, terdapat pelbagai jenis media lain seperti pensil warna dan arang. Media ini boleh digunakan untuk teknik gosokan dan lakaran. Terdapat juga media seperti pen yang pelbagai contohnya pen mata bola, pen dakwat basah berwarna hitam, pen marker dan lain-lain. Pelajar juga boleh menggunakan berus untuk melukis.
Contohnya :
Lukisan menggunakan media pen dakwat basah
Lukisan di atas menggunakan media pen dakwat basah supaya kelihatan jelas dan terang apabila dimasukkan elemen-elemen garisan bagi membentuk objek di samping membuat tona cerah dan gelap. Objek jagung dan labu digunakan sebagai bahan kajian. Pen pula digunakan bagi mendapatkan kesan garisan yang lebih baik. Selain itu, media pensil juga boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan di atas. Pelajar juga boleh menambah warna pensil jika ingin menampakkan hasil lukisan lebih cantik dan berwarna-warni seperti objek sebenar.
No comments:
Post a Comment