Pages

Friday 4 May 2012

Huruf Muka Taip




Huruf muka taip ialah A hingga huruf Z. Huruf muka taip di jadikan kapsyen atau gaya penulisan dalam lukisan poster.

Contoh :




 
Alat/Bahan dan Media yang diperlukan ialah :
  
·         Kertas Lukisan
·         Pensil
·         Pembaris
·         Pemadam
·         Pensil warna
·         Kertas surat khabar
·         Gunting
·         Pisau
·         Papan potong
·         Warna poste
 .     Berus

1. Pelajar memilih huruf muka taip daripada surat khabar,majalah atau sumber yang berkaitan dan potong huruf menggunakan pisau di atas papan pemotong. Gunting juga boleh digunakan mengikut kesesuaian.

2. Bentuk muka taip boleh di persembahkan mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar boleh melakar huruf poster dan membentuk muka taip dengan menggunakan media pensil. Contohnya :


                  S E N I
                  S E N I
                  S E N I
                                                      
3. Penggunaan alat media di atas adalah penting untuk membina huruf dengan mudah dan cepat. Seterusnya berus dan warna pensil juga di gunakan untuk mewarna huruf muka taip supaya poster yang dihasilkan lebih menarik. 

4. Sapuan warna mestilah mengikut kesesuaian, dan huruf perlu diwarnakan dengan kemas dan teliti. Pengetahuan warna asas adalah penting dalam mewarna. 

5. Gaya muka taip yang dipelbagaikan boleh memberikan kualiti kepada hasil karya lukisan poster. 

contohnya :

               HIDUP SEJAHTERA 
 TANPA DADAH









Saturday 21 April 2012


UNSUR WARNA


Terdapat kepelbagaian jenis warna iaitu seperti warna asas, warna sekunder, dan warna tertier.

a) Warna asas


  • Dikenali sebagai warna utama dan diguna untuk mencipta logo, lambang, poster,dan sebagainya.
  • Warna ini terdiri daripada biru, kuning, dan merah dan tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain. 
     b) Warna Sekunder
          iaitu warna yang dihasilkan dengan campuran dua warna asas contohnya:
       
           

WARNA
CAMPURAN WARNA
Hijau
Biru + Kuning
Jingga
 Kuning + Merah
Ungu
 Merah + Biru





   c) Warna Tertier

         Warna Tertier menimbulkan kesan yang kebih lembut dan dapat mengurangkan
         kuasa warna asas dan warna sekunder.



WARNA
CAMPURAN WARNA
Kuning Hijau
Kuning + Hijau
Kuning Jingga
Kuning + Jingga
Merah Jingga
Merah + Jingga
Merah Ungu
Merah + Ungu
uBiru Ung
Biru   + Ungu
Biru Hijau
Biru + HIjau



Gabungan warna-warna yang menarik dapat mempengaruhi perasaan dan menghasilkan lukisan yang indah. 

Contohnya: 




   Warna Cat Air




                                                           Warna Cat Minyak


                                                        










        CARA BETUL MENGASAH PENSIL DAN TEKNIK
PENGGUNAAN UNTUK MELAKAR SERTA
MELUKIS.

  


Apabila didapati pelajar melukis tidak kemas, garisan lakar tidak jelas, comot, dan lukisan tidak mengikut  spesifikasi yang betul maka guru perlu memainkan peranan dengan memberitahu bahawa penggunaan alat dan media yang bersesuaian, berjenama akan memberi  impak positif terhadap  hasil karya.

 
                                                                  Contoh Lakaran



Perkara-perkara mengenai alat dan bahan media perlu diberi perhatian agar pelajar tahu dan faham tentang kecanggihan teknologi dan peranannya.  Dengan itu, hasil karya mereka akan kelihatan berkualiti, mahal dan mempunyai tempat di hati pencinta seni.
Contohnnya :


 
                                             Lukisan Menggunakan Media Pensil  



 LUKISAN HASIL DARIPADA PELBAGAI MEDIA


Selain media pensil, terdapat pelbagai jenis media lain seperti pensil warna dan arang. Media ini boleh digunakan untuk teknik gosokan dan lakaran. Terdapat juga media seperti pen yang pelbagai contohnya pen mata bola, pen dakwat basah berwarna hitam, pen marker dan lain-lain. Pelajar juga boleh menggunakan berus untuk melukis.
 Contohnya :
                                       Lukisan menggunakan media pen dakwat basah
  
Lukisan di atas menggunakan media pen dakwat basah supaya kelihatan jelas dan terang apabila dimasukkan elemen-elemen garisan bagi membentuk objek di samping membuat tona cerah dan gelap. Objek jagung dan labu digunakan sebagai bahan kajian. Pen pula digunakan bagi mendapatkan kesan garisan yang lebih baik. Selain itu, media pensil juga boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan di atas. Pelajar juga boleh menambah warna pensil jika ingin menampakkan hasil lukisan lebih cantik dan berwarna-warni seperti objek sebenar.